Sabtu, 22 September 2012

zaman sekolah

dah lama rasany tak update blog..ptg nie tetiba ringan pulak jari nie nak menaip..sambil wat assignmnt update blog skali..2 in 1 la katakan..hehe..ptg nie saya nak share sikit nostalgia masa zaman sekolah dulu.suma orang pernah melalui zaman nie kan..masa nie la kita mula belajar berkawan n macam2 lagi la perkara baru yang kita belajar.almaklumlah baru masuk umur belasan tahun suma benda kita nak cuba..tapi ingat walau apa pun..kita kne pandai jga diri masing2..
kat sini saya nak share sikit picture masa zaman sekolah dlu..masa ni baru form 4..

masa majlis makan malam dengan kwn2 1 dorm






budak2 dorm yang sporting

Isnin, 3 September 2012

kawan...

semua orang ada kwn kn..termasuklah saya. cuba bayangkan cmne hidup kita tanpa seorang kawan..mesti sunyi kn..tak ceria, bosan, dan macam2 lagi la..dari zaman sekolah hinggalah sekarang hidup kita dikelilingi kawan2..kawan sekelas, kawan sepermainan, kawan sekerja, kawan rapat & banyak lg la..kerana kawan dunia kita jadi ceria, gembira dan kerana kwn juga la kita menangis, bergaduh..inilah antara pengalaman suka duka sepanjang kita menjalani hidup di samping insan bernama kawan..saya rasa semua pernah melalui pengalaman ini kan.? . memang senang nak cari ramai kwn tapi nk jumpa seorng sahabat memang susah kan..betul tak...? alangkah indahnya kalau sepanjang hidup ni kita jumpa seorng sahabat yang baik & memahami diri kita..



Sabtu, 1 September 2012

"usaha tangga kejayaan"

USAHA..aku rasa semua orang tahu apa itu usaha..


sejak kecil lagi kita dah belajar berusaha. contohya..semasa belajar berjalan..setiap kali belajar berjalan kita pasti akan terjatuh tapi waktu tu kita tak pernah kenal erti putus asa.  setiap kali terjatuh kita menangis tetapi lepas tu bangun semula dan seterusnya sampailah satu ketika kita dapat berjalan dengan baik. cuba bayangkan kalau masa tu kita tak berusaha nak berjalan, apa akan terjadi..? kita boleh berjalan tapi mungkin lambat sikit dari orang lain.. 

macam ni la juga dengan kehidupan sekarang..apabila kita nak melakukan sesuatu kerja atau perkara kita haruslah berusaha..tak kira betapa susahnya perkara tu..insyaallah kalau dicuba berulang kali kita pasti dapat melakukannya dengan sebaik mungkin. paling penting jgn sesekali putus asa dlm apa jua keadaan sekalipun.. INGATLAH!! usaha tangga kejayaan..  

Isnin, 27 Ogos 2012

me..

Hai kawan-kawan...

namaku mahirah bt kamarudin...hari nie first time saya wat blog..hurmm..mula-mula susah gak nak wat blog ni..nasib baik ada member2 tolong ajarkan..thanks tau...banyak lagi perkara yang saya tak tahu pasal blog..harap kwn2 boleh beri tunjuk ajar..